BM EN
Berkat Sama-Sama dengan AIA Penyala Harapan

Tentang Kami

Selangkah Berkat ialah sebuah inisiatif komuniti oleh AIA PUBLIC Takaful dengan kerjasama Media Prima yang menghidupkan semangat Berkat Sama-Sama melalui usaha dan tindakan kolektif. Menerusi inisiatif ini, setiap langkah yang dikumpulkan akan diterjemahkan kepada sumbangan kasut sekolah untuk murid-murid yang memerlukan.

Selaras dengan komitmen AIA PUBLIC Takaful untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna, kempen Selangkah Berkat mengajak orang ramai untuk bersama-sama mencipta kebaikan dan membawa impak positif kepada komuniti. Inisiatif ini membuktikan bahawa setiap langkah kecil mampu membawa perubahan besar apabila dilakukan secara bersama.

100,000,000 langkah untuk dikumpulkan
5,000 pasang kasut untuk disumbangkan kepada murid yang memerlukan

Sumbangkan Langkah Anda Secara Automatik Setiap Hari!

AIA Vitality Starter ialah versi pengenalan percuma selama 3 bulan kepada AIA Vitality, program kesihatan dan kesejahteraan AIA yang berasaskan sains. Dengan menyambungkan aplikasi atau peranti kecergasan anda, langkah dan aktiviti harian boleh direkodkan secara automatik, membolehkan anda menyumbang kepada kempen Selangkah Berkat dengan lebih mudah.

Melalui AIA Vitality Starter, anda boleh ketahui tahap kesihatan semasa, ambil langkah untuk meningkatkan kesihatan, dan nikmati ganjaran serta manfaat eksklusif daripada rakan kerjasama terpilih apabila anda mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat kerana setiap langkah bukan sahaja membawa anda ke arah kehidupan yang lebih sihat, malah turut membantu membawa manfaat kepada komuniti.

Belum menjadi ahli
?
CUBA HARI INI!
DAFTAR SEKARANG