BM EN
Berkat Sama-Sama dengan AIA Penyala Harapan

Soalan Lazim

S: Apakah kempen Selangkah Berkat?

J: Selangkah Berkat adalah inisiatif komuniti oleh AIA PUBLIC Takaful dengan kerjasama Media Prima yang menukarkan langkah harian kepada sumbangan kasut sekolah untuk murid-murid yang memerlukan. Kempen ini menghidupkan semangat Berkat Sama-Sama melalui usaha dan tindakan kolektif, di mana setiap langkah yang dikumpulkan akan membantu mewujudkan impak positif kepada komuniti.

S: Siapakah yang boleh menyertai kempen ini?

J: Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Penyertaan adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pembelian.

S: Adakah saya perlu menjadi pelanggan/ejen AIA PUBLIC Takaful ataupun ahli AIA Vitality untuk menyertai kempen ini?

J: Tidak. Kempen ini terbuka kepada semua, tanpa mengira sama ada mereka merupakan pelanggan/ejen atau ahli AIA Vitality.

S: Bagaimanakah saya boleh menyertai dan merekod langkah anda?

J: Layari laman mikro kempen melalui kod QR atau pautan web, daftar menggunakan maklumat peribadi anda, dan muat naik tangkapan skrin bilangan langkah dari mana-mana aplikasi atau peranti kecergasan. Tiada muat turun aplikasi berasingan diperlukan.

S: Apakah maklumat yang perlu saya berikan semasa pendaftaran?

J: Nama dan alamat e-mel diperlukan untuk pendaftaran. Nombor telefon bimbit, kod ejen AIA PUBLIC Takaful dan nombor keahlian AIA Vitality adalah pilihan.

S: Aplikasi atau peranti kecergasan manakah yang boleh saya gunakan?

J: Anda boleh menggunakan sebarang aplikasi atau peranti boleh pakai yang merekodkan bilangan langkah harian, seperti Apple Health, Samsung Health, Fitbit, Garmin atau penjejak kecergasan yang lain.

S: Berapa kerap saya boleh menghantar bilangan langkah saya?

J: Anda boleh menghantar bilangan langkah anda setiap hari sepanjang tempoh kempen.

S: Apakah tempoh kempen ini?

J: Kempen ini berlangsung dari 23 Oktober 2026 hingga 13 Disember 2026.

S: Apakah sasaran dan impak komuniti yang ingin dicapai melalui kempen ini?

J: Kempen ini menyasarkan untuk mengumpul 100 juta langkah. Bagi setiap 20,000 langkah yang disumbangkan secara kolektif, AIA PUBLIC Takaful akan menyumbangkan satu pasang kasut sekolah kepada murid yang memerlukan. Sasaran kempen adalah untuk menyumbangkan 5,000 pasang kasut sekolah kepada murid-murid yang memerlukan.

S: Siapakah yang akan menerima kasut sekolah yang disumbangkan?

J: AIA PUBLIC Takaful dan Media Prima bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengenal pasti dan memilih sekolah-sekolah yang mempunyai komuniti murid-murid yang kurang berkemampuan dan paling memerlukan bantuan. Kira-kira 100 sekolah penerima di Semenanjung Malaysia dijangka menerima manfaat menerusi inisiatif ini.

S: Bagaimanakah kasut sekolah akan diedarkan?

J: Bantuan kasut sekolah akan diedarkan melalui pengagihan baucar daripada syarikat peruncitan kasut tempatan kepada sekolah-sekolah terpilih. Ini membolehkan murid-murid untuk menebus kasut di cawangan-cawangan peruncit di seluruh negara serta memberikan fleksibiliti untuk mendapatkan saiz yang sesuai.